INSTITUT AL-QURAN DARUL AMAN BERSAMA MEMBANTU BADAN KEBAJIKAN ISLAM TM (BAKIT) KEDAH &PERLIS
Alor Setar, 14 Dis- Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) telah dijemput bagi membantu menambahbaik
kualiti peserta yang akan mewakili Badan Kebajikan Islam TM Kedah & Perlis ke Majlis Tilawah & Hafazan Al-Quran
Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Bangi pada 23&24 Disember ini.
BAKIT Kedah & Perlis telah mengambil inisiatif dengan menjemput para guru yang
berpengalaman bagi mendapatkan
komen-komen membina dan memberikan motivasi kepada para peserta yang akan mewakili BAKIT nanti.
Di antara juri yang dijemput terdiri daripada 3 orang wakil daripada IQDAR yang diketuai oleh Timbalan Pengarah IQDAR
iaitu Ustaz Abdul Malik bin Che Haat sebagai juri pertandingan Khutbah Jumaat, Ustaz Khairul Anuar bin Dato' Hj Kassim
juri Tilawah Al-Quran dan Ustaz Muhammad Ashraf bin Jamaludin juri Hafazan Al-Quran manakala Ustaz Zamri bin Abdullah
daripada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dijemput sebagai juri pertandingan bercerita kategori kanak-kanak.
Menurut Yang Dipertua BAKIT iaitu Encik Mohd Hussni bin Mat
Zin@Mohd Zain, pertandingan seumpama ini
telah tertangguh sejak beberapa tahun yang lalu disebabkan covid-19 yang melanda dunia dan
Alhamdulillah pada tahun ini, pertandingan ini akan dihidupkan kembali dan BAKIT bersedia
menghantar wakil dan mengharapkan kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.
IQDAR mengucapkan terima kasih kepada pihak BAKIT yang sudi menjemput wakil kami bagi membantu para peserta
yang akan mewakili BAKIT dan mendoakan kejayaan kepada semua para peserta yang mewakili BAKIT Kedah&Perlis.
Semoga banyak lagi kerjasama yang boleh dibuat di antara IQDAR dan BAKIT khususnya dan TM amnya
dalam bidang pendidikan Islam di masa hadapan.
"DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL"
"KEDAH SEJAHTERA-NIKMAT UNTUK SEMUA"
Yang menjalankan amanah,
Pengurusan IQDAR