PENAMBAHBAIKAN JALUR LEBAR (INTERNET) DI IQDAR
ALOR SETAR, 03 Jan- Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) terus mengorak langkah selari dengan
dunia tanpa sempadan dengan berusaha menambahbaik perkhidmatan jalur lebar (internet) di kawasan IQDAR.
Tujuan dibuat penambahbaikan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran (pdp)
selain bagi mematuhi syarat Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Setelah dibuat penambahbaikan pada penghujung tahun 2024 yang lalu, boleh dikatakan hampir keseluruhan warga IQDAR
termasuk para mahasiswa/wi dapat mengakses perkhidmatan ini sama ada di bilik-bilik kuliah, makmal komputer,
kawasan santai dan dipantau penggunaannya oleh pihak pengurusan.
Pentadbiran ini mengharapkan dengan sedikit usaha yang dijalankan ini, sistem pengurusan semakin mantap, proses pdp di
IQDAR semakin maju, para pensyarah dan mahasiswa/wi mudah untuk mengakses bahan serta sedikit sebanyak menjadi
tarikan kepada bakal mahasiswa/wi yang berminat untuk menyambung pengajian di IQDAR.
'DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL'
'KEDAH SEJAHTERA-NIKMAT UNTUK SEMUA'
Yang menjalankan amanah,
Pengurusan IQDAR