IQDAR SERIUS INGIN BERKEMBANG
ALOR SETAR, 02 Jan- Alhamdulillah, Institut Al-Quran Darul Aman telah mengadakan perbincangan bersama ahli akademik
dan pengurusan dari institut pengajian tinggi yang berada di Negeri Kedah.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Syeikh Mohamad Rodi bin Abdul Rahman selaku Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK).
Perbincangan ini telah dihadiri oleh Puan Hajjah Sharifah Norulasyikhah binti Syed Mohamad selaku Ketua Pegawai Eksekutif YINK,
Ustaz Muhamad Nasir bin Zain selaku Ketua Jabatan Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar dari Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,
Prof. Madya Dr. Aminurraasyid bin Yatiban selaku Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) Ghazali Shafie Graduate School
of Government (GSGSG)Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Ustaz Mohamad Sayuthi bin Sanusi selaku Pengarah Bahagian Sumber Manusia,
Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UNISHAMS).YINK turut diwakili oleh Pengarah Korporatdan IQDAR diwakili
oleh Timbalan Pengarah dan Ketua-Ketua Unit.
Di antara objektif diadakan perbincangan ini ialah bagi mendapatkan maklumat berkaitan perjawatan merangkumi skim yang digunapakai, kriteria dan
kaedah penilaian untuk kenaikan pangkat mengikut amalan institusi yang dijemput. Semua ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menunjukan IQDAR
adalah sebuah institusi pengajian tahfiz Al-Quran yang serius bukan hanya dengan mengadakan program pendidikan dan pengurusan yang 'syok sendiri'
tetapi terus belajar daripada institusi-institusi yang lebih berpengalaman yang sekaligus memberi gambaran bahawa apabila perkara yang utama diambil
berat maka yang kecil insyaAllah pasti terjaga.
Semoga dengan adanya perbincangan ini ia sedikit sebanyak akan memberi manfaat kepada perkembangan IQDAR khususnya dan bidang tahfiz Al-Quran umumnya.
'DI SINI LAHIRNYA HUFFAZ PROFESIONAL'
'KEDAH SEJAHTERA-NIKMAT UNTUK SEMUA'
Yang menjalankan amanah,
Pengurusan IQDAR